My Life


Slideshow

Thursday, February 12, 2009

BERJANGKIT RUPANYA.



Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga le pulak. Selepas Afif, Wafi pulak yang kena wabak muntah-muntah dan cirit-birit. Rupa-rupanya mengikut doktor, penyakit ini boleh berjangkit dengan cepat jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Tapi nak buet lagu mana..nasi sudah menjadi bubur..Lain kali mesti mau ingat, jika ada org yang dekat dgn kita menghadapi penyakit ini, segala peralatan yang digunakan mestilah diasingkan. Contohnya, baju kena cuci asing2, pinggan-mangkuk dan makanan pun sebaiknya jangan dikongsi. Sendiri kena tanggung le..terpaksalah bermalam di hospital 2 hari..Kes wafi lagi teruk. Kena drip sampai 3 botol di Hospital Kepala Batas.

No comments: