My Life


Slideshow

Sunday, July 10, 2011

PENGALAMAN BERARCA

Semester Mei 2011, tugasan untuk kursus seni kali ini agak mencabar. Arca estetik bertemakan teknologi harus disiapkan menggunakkan bahan teknologi terbuang. Sebaik sahaja tajuk ini diberi, tiada wajah lain yangku terlintas difikiran melainkan suamiku. Pasti dia dapat membantu menyiapkan tugasan kali ini maklumlah dia seorang guru Kemahiran Hidup. Akhirnya...inilah hasilnya.

 Pandangan dari hadapan


 Pandangan dari belakang



 Karya kawan baik...zila


Dan karya-karya rakan sekelas...yang tak tahu nama tapi kenal muka...sorry ye!!!




Saturday, July 9, 2011

Cuti Mei-Jun 2011

Dua minggu cuti..amat membahagiakan terutamanya bagi anak-anak. Tak payah tergesa2 bangun tidur seawal 5.30pagi seperti hari-hari persekolahan biasa. Memang sudah menjadi kebiasaan, tepat 6.30 pagi semua perlu masuk ke dalam kereta untuk menuju ke sekolah. Setiap hari aku sentiasa pastikan sebelum pukul 7.00 pagi...aku sudah terjegat di pejabat untuk punchcard.

     Ahad pertama cuti, aku perlu menghadiri kuliah pertama semester Mei.  Selesai kuliah aku mula bercadang untuk membawa anak-anak bercuti. Kali ini aku rasa tempat-tempat yang dekat sudah memadai. Bukan apa, jimatkan budget sebab tahun ini masih banyak rancangan untuk percutian jarak jauh. Julai nanti akan ke Kelantan dan Terengganu dan hujung . Insyaallah, Disember nanti ke Medan pula....

     Pagi Rabu 1 Jun 2011 yang mendamaikan, kami sekeluarga bertolak ke Perlis. Kali ini niat di hati hendak menginap di Hotel Seri Msia yang baru lebih kurang sebulan beroperasi di Kangar. Cantik...sebab semuanya masih baru.









      Petang...ronda-ronda area Kangar dan...tak sah kalau tidak ke Dataran Ikan Bakar Kuala Perlis untuk menikmati makanan laut yang segar di sana. Berdasarkan maklumat yangku perolehi dari internet, gerai kak Mona menjadi pilihan. Benar bagai yang dicadangkan...masakannya sedap dan layanan pun mesra. Akhirnya...inilah menu yang dicadangkan kepada kami......









     Hari kedua...rancangan mengejut terlintas difikiran. Terus ke Jeti Kuala Perlis untuk meninjau kalau-kalau masih ada kekosongan bot untuk ke Pulau Langkawi. Walaupun ramai orang .alhamdulillah kami empat beranak mudah mendapat tiket berbanding dengan orang lain yang pergi secara berkumpulan. Tepat pukul 10.45 pagi, tibalah kami di Pulau Lagenda....