My Life


Slideshow

Thursday, October 25, 2012

BANDUNG...AKAN KU KEMBALI LAGI...

Tengok pada tajuk je..dah dapat tahu bahawa...trip selama 5 hari 4 malam ke Bandung sememangnya belum puas. Insyaallah...aku akan kembali lagi ke sana atas sebab2 berikut:

1. Belum puas makan makanan di sana yang unik lagi enak2 bangat...teringat2 nasi lawet
2. Masih banyak tempat yang tak sempat di kunjungi...
3. Yang paling2 penting belum puas shopping di Pasar Baru...








Sunday, July 29, 2012

7 BULAN MENYEPI...

Bila tengok tajuk kat atas..pelik je bunyinya. ...Lamanya tak update blog aku ni..Jenuh dok gabuih sawang. Punyala banyak sayang dlm laman sesawang aku ini...ha..ha! Bukan sebab mabuk2 ke apa tapi semuanya angkara kesibukan dan komitmen aku terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, guru dan student. Kekangan2 inilah yang membataskan aku meng "update" blog ini.
     Anak sulung bakal menduduki UPSR September nanti. Aku pulak sibuk menyiapkan tesis. Syukur kelmarin 28 Julai 2012..separuh daripada bebanan terlepas sudah. Alhamdulillah, tesisku yang bertajuk "Penggunaan Gambar Animasi Sebagai Media Pengajaran Kata Kerja Transitif" telah selamatku serahkan kepada pihak OUM kelmarin....

Aku sangkakan apabila habis saja menyerahkan tesis tu..maka tutuplah sebelah pintu kesibukan namun ibarat kata orang ..."Ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan rahmat di tengah hari..." Pensyarah kajian aku Dr, Norfisah Mat Rabi call aku ketika aku dan rakan2 OUM yg lain menduduki exam semester Mei yang berlangsung ketika bulan Ramadhan. Bagai terhenti degupan jantung seketika kerana menjangkakan Dr. akan menyuruh aku buat semula kajian yang telah dihantar. Namun sangkaanku meleset...macam tak percaya apabila Dr. minta keizinan aku utk ambil  idea dab bahan dlm tesisaku buat utk masuk pertandingan Kreatif Dan Inovatif IPGM di Melaka. Terkedu seketika...Alhamdulillah inilah hasilnya....tersenarai dlm top ten daripada 24 IPG yang sertainya...Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Nofisah Mat Rabi sekali lagi..kerana menghargai idea yang tidak seberapa ini  dan segala usaha yang dilakukan bagi menambah baikkan segala kekurangan yang ada.



SIJIL PEMENANG SAGUHATI


SIJIL PENYERTAAN

Sunday, February 5, 2012

MY BIG FAMILY DAY

9 DIS HINGGA 11 DIS 2011.

Walaupun hampir dua bulan pertiwa ini berlalu..namun keseronokkan bersama-sama kaum keluarga masih segar dalam ingatan. Lebih-lebih lagi pada kali ini jumlah ahli keluarga yang dapat turut serta semakin bertambah. Itu belum lagi 100%. 


     Kemeriah Hari Keluarga tidak terhenti di sini sahaja. Satu lagi program mengejut diatur. Makan angin ke Kota Singa menjadi pilihan. Balik dari Singapura sempat pula meronda di tempat2 menarik di negara sendiri.


YANG MENARIK DAN TERTARIK DARI MEDAN

Sepanjang di bumi Medan tempoh hari...lensaku sempat merakamkan beberapa perkara yang menarik perhatianku sebagai guru Bahasa Melayu untuk dikongsikan.