My Life


Slideshow

Friday, December 19, 2008

Teringat perginya seorang teman.

Kelmarin..aku berkesempatan pulang ke kampung halaman di Parit Buntar. Terdetik hati untuk membelek-belek almari buku yang telah lamaku tingglkan. Satu daripadanya ialah dairi zaman persekolahan kira-kira 18 tahun yang lampau. Yang paling menarik perhatianku adalah sekeping potongan keratan akhbar lama sekitar tahun 1989/1990 yang masih elok tersimpan dalam lipatan dairiku..
Masihku ingat seminggu sebelum kejadian itu, Kartiban ada bertemu denganku dengan mengatakan dia akan ke Pahang dan mungkin tidak akan kembali lagi. Kartiban seolah-olah telah mendapat petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.
Semasa zaman persekolahan dulu..persahabatan kami agak baik. SM Methodist Parit Buntar membentuk pelajarnya menjalinkan hubungan yang erat tanpa mengira agama dan bangsa. Itulah keistimewaan SM Methodist suatu masa dahulu.

Perginya Timbalan Menteri Pelajaran / Bekas Pengetua Maktab Pasir Panjang K. Terengganu.


http://dppkt.files.wordpress.com/2008/02/razali-ismail.jpg


PEMERGIAN tokoh pendidik yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, (1949-2008) ke Rahmatullah di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang secara mengejut adalah kehilangan yang cukup besar bagi warga pendidikan serta warga Kuala Terengganu khasnya yang sudah sebati dengan sikap mesra dan prihatin yang cukup sinonim dengannya.
Selepas beberapa tahun menjadi pendidik, beliau kemudian menjadi pensyarah di beberapa maktab perguruan dan pernah dilantik sebagai Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu dan seterusnya Pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan Pengetua Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Beliau menang di Parlimen Kuala Terengganu mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.
Pengalaman luas beliau sebagai warga pendidik dan sebagai pentadbir sektor pendidikan dengan memegang pelbagai jawatan memudahkan lagi tugasannya selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran tahun ini.
Beliau yang pernah memegang jawatan Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran turut membawa banyak perubahan dalam mempastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman untuk membantu pelajar lain supaya turut mendapat manfaat melalui tabung itu.
Razali meninggalkan seorang balu, To’ Puan Nooraini Lob Yusoff dan lima anak yang semuanya lelaki iaitu Muhammad Nurazli, 30 yang juga Pengurus di Sime Darby Bhd; Asrul Shah, 27, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik; Khairul Amar, 23 , masih menuntut di Amerika Syarikat; Khairul Anwar, 21, menuntut di Universiti Industri Selangor dan yang bongsu, Khairul Arif, 15, pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.
Al Fatihah

**Gambar Kenangan bersama beliau Sewaktu Di Maktab Perguruan Pasir Panjang 1995!

Wednesday, December 17, 2008

Nostalgia kita di MP Pasir Panjang K. Terengganu 93/95


Sebenarnya..ini adalah salah satu usahaku untuk menyambung semula tali silaturahim bekas guru pelatih MP Pasir Panjang sesi 1993/95 yang telah lama terputus iaitu kira-kira 13 tahun yang lalu . Bak kata orang..Yang jauh kita dekat-dekatkan, Yang dekat kita mesra-mesrakan dan Yang Mesra kita serasi-serasikan. Ayuh..kini semua di hujung jari anda..walaupun kita terpisah beribu-ribu batu dengan teknologi kini...kita mampu mendekatkan jurang yang jauh itu itu. Insyaalah.

Sunday, November 30, 2008

Terima Kasih Cikgu!



Masa begitu pantas berlalu.
Amat payah temui pengganti,
Ternyata kau satu antara seribu.

Zaman kerjayamu telah berlalu,
Antara kenangan dan pengalaman,
Idola setiap guru,
Nescaya Allah akan berkati segala baktimu.

Wednesday, November 26, 2008

Action Song SKPT


Hasil gabungan tenaga Yusri, Azila And Wan. 

Monday, November 24, 2008

Hari-hari Cari Makan.


Senarai kedai makan yang sering dikunjungi
Area Kepala Batas vs menu yang dicadangkan:
1. Bobnoli *Roti Jala*
2. Ilyana *Sup Tulang*
3. Zamri SeaFood *Ikan Bakar*
4. Kios Bertam *Western Food*
5. Penaga *Nasi Ayam Periuk Besar*
6. Kedai Jamilah (Depan SK Pasir Gebu) *Mee Udang*
8. Kedai Che Abang "Nasi Berlauk*
9. Kedai Joe D'Plum "Mee Hailam"
10. Kedai ikan bakar Din (Pmtg Manggis)
11. Ratu Mas (Depan Golf Resort) *Siput Sedut Masak Lemak*

Area Sungai Petani vs menu yang dicadangkan.
1. Kedai Ikan Bakar Aein (Tikam Batu)
2. Awal Hashim (Sebelum Pusat Servis Toyota) *Claypot kari Bawal*
3. Depan SK Cik Tom *Popia, Kuei Tiaw Kerang"
4. Dataran Ikan Bakar (Kerusi Merah)
5. Restoran HotMas (Dekat Swiss Inn)
6. Gerai Depan Cinta Sayang *Nasi Lemak*

Dilema Cuti Sekolah.


Kata orang...seronoknya jadi cikgu sebab cuti banyak. Hah..itu ungkapan dari seseorang yang bukan bergelar guru. Sebelum cuti bermula..pihak pentadbiran dah senaraikan tugas2 yang perlu disettle dalam cuti.
Di rumah pula..perlu melayan karenah 2 orang puteraku. Kadang-kadang rasanya lebih mudah mengajar anak orang seramai 40 orang dalam satu kelas berbanding dengan 2 orang anak di rumah..Itulah hakikatnya.

Thursday, November 20, 2008

Kembali dari Terengganu.


Dua hari lepas, aku kembali dari Terengganu. Kali terakhir aku meninggalkan Terengganu kira-kira 13 tahun yang lalu "setelah tamat pengajian di MP Pasir Panjang". Banyak perubahan yang dapat di lihat. Syabas barisan pemimpin dan warga Terengganu.

Wednesday, November 19, 2008

Learning IT From Homemaker


Sejak dapat berhubung semula dengan kawan yang terpisah sejak di sekolah rendah dulu,"Junita Joehari", aku mulai belajar sedikit demi sedikit tentang dunia IT. Kagum dengannya, surirumah yang berilmu, celik IT, bersemangat n sanggup korbankan kerjaya demi membina sebuah keluarga yang sempurna. Semoga Allah berkati hambaMu ini. Amin..