My Life


Slideshow

Sunday, March 29, 2009

Terkenang Semasa Dulu...

Kalau tak salah yg berdiri tu..Badrul dan Said
Yang duduk tu...Nazri dengan sapa tah aku dah lupa.
Masa jadi Pengawas.

Perkhemahan di Bukit Panchor.


AJK PBSM
Ni..masa group PBSM buat Projek Taman kat sekolah. Kononnya nak buat kolam.

Aku tak pasti masa ni hang mai nak tolong buat kerja ka atau nak tolong menyibuk..!


Berikutan dengan usaha uploadkan gambar Team Building KDP OUM 14 minggu dalam blog aku, terjumpalah aku dengan sorang kawan lama bernama Nazri, yang sama-sama belajar di SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar. Masa tu kami di tingkatan 6 sekitar tahun 1992 dan 1993.
Yang paling kelakar........Masa aktiviti Team Building tu, kami sama-sama dalam satu kumpulan (Kumpulan 8). Memang tak terlintas langsung...dia pernah aku kenali kira-kira 15 tahun yang lalu. Mungkin wajah2 kita telah dimakan usia.

Balik rumah, aku terus cari gambar-gambar lama. Memang sah, dialah orangnya. Apapun...buat Nazri, aku masih ingat kenangan zaman persekolahan di SMK Panglima tu dulu terutamanya member kamceng hang , Si Badek tu. Di mana yang lain-lain? Onn, Badrul, Nazri-Nazri yang lain, Said, Botak, Zabidi, Hasan dll. Yang perempuan lak, aku ingat lagi pada Shima, Shikin, Liza, Yus, Ros, Khairani , Maizatul, Leare dan ramai lagi.

Thanks kerana mengingatkan aku pada mereka semua.. Mungkin NAMA aku lain dari yang lain, membuatkan hang masih ingat siapa aku. Dalam seribu orang , belum tentu dapat jumpa nama yang sama dengan aku.. Itulah kelebihan aku.
Sebagai meningatkan semula kenangan zaman di SMKPBG dulu...aku uploadkan gambar2 yang semakin kelabu dimakan waktu.