My Life


Slideshow

Sunday, July 29, 2012

7 BULAN MENYEPI...

Bila tengok tajuk kat atas..pelik je bunyinya. ...Lamanya tak update blog aku ni..Jenuh dok gabuih sawang. Punyala banyak sayang dlm laman sesawang aku ini...ha..ha! Bukan sebab mabuk2 ke apa tapi semuanya angkara kesibukan dan komitmen aku terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, guru dan student. Kekangan2 inilah yang membataskan aku meng "update" blog ini.
     Anak sulung bakal menduduki UPSR September nanti. Aku pulak sibuk menyiapkan tesis. Syukur kelmarin 28 Julai 2012..separuh daripada bebanan terlepas sudah. Alhamdulillah, tesisku yang bertajuk "Penggunaan Gambar Animasi Sebagai Media Pengajaran Kata Kerja Transitif" telah selamatku serahkan kepada pihak OUM kelmarin....

Aku sangkakan apabila habis saja menyerahkan tesis tu..maka tutuplah sebelah pintu kesibukan namun ibarat kata orang ..."Ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan rahmat di tengah hari..." Pensyarah kajian aku Dr, Norfisah Mat Rabi call aku ketika aku dan rakan2 OUM yg lain menduduki exam semester Mei yang berlangsung ketika bulan Ramadhan. Bagai terhenti degupan jantung seketika kerana menjangkakan Dr. akan menyuruh aku buat semula kajian yang telah dihantar. Namun sangkaanku meleset...macam tak percaya apabila Dr. minta keizinan aku utk ambil  idea dab bahan dlm tesisaku buat utk masuk pertandingan Kreatif Dan Inovatif IPGM di Melaka. Terkedu seketika...Alhamdulillah inilah hasilnya....tersenarai dlm top ten daripada 24 IPG yang sertainya...Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Nofisah Mat Rabi sekali lagi..kerana menghargai idea yang tidak seberapa ini  dan segala usaha yang dilakukan bagi menambah baikkan segala kekurangan yang ada.



SIJIL PEMENANG SAGUHATI


SIJIL PENYERTAAN