My Life


Slideshow

Tuesday, December 27, 2011

MENJEJAKI BUMI MEDAN

Cuti sekolah muncul kembali. Hmm...tahun ini  percutian dengan geng2 sekolah agak jauh sedikit. Walaupun tak ramai yang join tapi percutian ini sangat menyeronokkan dan yang paling mahal adalah pengalaman yang aku peroleh sepanjang percutian di negara orang ini.

21 Nov 20011 (Hari Pertama)
Trip kali ini kami menggunakan perkhidmatan Hasani Travel. Bukan nak puji lebih2 tapi...sapa2 yang nak melancong , aku memang sarankan kau orang gunakan perkhidmatan agensi ini....Memang berbaloi2. Pengangkutan bas disediakan oleh pihak agensi ke Penang  airport.




Kali ini  menggunakan perkhidmatan Firefly. Sememangnya selesa. Ruangnya lebih luas jika dibanding dengan syarikat *** **** yg pernahku naik sebelum2 ini. Setiba di Kota Medan..kita org terus dibawa menikmati makan malam. Sampai je di restoran semua orang terkedu seketika  melihat juadah yg disediakan.....banyaknya!!



Keenakkan ayam popnya tidak dapat dilupakan....mujur tak mengidam. Kalau tak..kena pi Medan lagi la gamaknya untuk makan ayam pop tu.  Benda alah tu..mcm ayam goreng berempah je, menurut pemandu pelancong kami yang sesangat ramah PAK YAN..dia orang menggunakan ayam dara...patut la isinya manis..dara la katakan...hi..hi!
Bila perut dah kekenyangan..teringat bantal la pulak. Nasib baik la hotel tak jauh dari tempat makan tu. Ini lah di rupa tempat menginap kami hari pertama di Kota Medan..GARUDA PALAZA HOTEL.


22 Nov 2011 (Hari Kedua)

Selepas sarapan begedel & soto ... kita orang  di bawa melawat ke Istana Maimon. Masih ada saki baki keturunan raja di Indonesia. Tapi kehidupan kaum kerabatnya...sangat daif di sekitar istana sejak Indonesia menjadi negara republlik.



Perjalanan hampir 5 jam terpaksa kami tempuhi untuk menuju ke Tasik Toba...Kawasan Gunung Berapi. Menurut PAK YAN terdapat banyak lagi gunung2 berapa yg masih aktif...berderau darah seketika apabila membayangkan bagaimana jika gunung tersebut tiba-tiba je meletus!!!!!

Tiba je di Danau Toba...hari telah pun gelap. So, pagi esok je yang dapat menikmati keindahan sekitar tasik. Malam tu...dalam bilik @ Danau Toba Internasional Cottage aku sempat lagi menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak anatara Msia & Indonesia....Yezzzs..Malaysia menang.

23 Nov 2011 (Hari Ketiga)

Sementara menunggu sarapan pagi, aku mengambil peluang untuk merakamkan keindahan alam ciptaan Tuhan di sekitar kawasan tempat penginapan kami yang terletak betul2 di pesisir tasik....Cantik...Nyaman.....Segar.....!
Selesai sarapan posing lagi. Kali ni bersama geng2 rombongan pula.





Lebih kurang 9.00 pagi kami menuju ke jeti untuk menaiki bot untuk mengelilingi Tasik Toba dan menuju ke Pulau Samosir dan Pulau Tomok. Terus terang aku katakan..sewaktu di Perkampungan Batak Pulau Tomok aku sangat2 tidak selesa dengan penjual2 . Rimas dirayu2, dipujuk2, ditarik2 dan yang paling tak suka...... ditipu.





Malam ketiga, kita orang menginap di Green Garden Hotel di Brastagi....memang sejuk tempatnya. Makan malam kali ini ala2 chinese food. Majoriti tak menepati cita rasa kita orang....Lepas check ini, aku dan beberapa org yg lain keluar cari bakso pulak. ...daging baksonya besar2.

24 Nov 2011 (Hari Keempat)

Selepas sarapan, kita orang menuju ke Kota Medan semula. Shopping Time sebelum berlepas ke tanah air petang ini. Lunch di Grand Angkasa International Hotel sememangnya makanan terakhir kami di kota medan yang sangat2 sempoi  sebelum pulang ke tanakair.

Beberapa jam sebelum berlepas, sempat lagi bershopping di Medan Mall menghabiskan rupiah yang masih ada. Bakso terakhir sempat kami bedal di tingkat 3 Medan Mall....



Sunday, July 10, 2011

PENGALAMAN BERARCA

Semester Mei 2011, tugasan untuk kursus seni kali ini agak mencabar. Arca estetik bertemakan teknologi harus disiapkan menggunakkan bahan teknologi terbuang. Sebaik sahaja tajuk ini diberi, tiada wajah lain yangku terlintas difikiran melainkan suamiku. Pasti dia dapat membantu menyiapkan tugasan kali ini maklumlah dia seorang guru Kemahiran Hidup. Akhirnya...inilah hasilnya.

 Pandangan dari hadapan


 Pandangan dari belakang



 Karya kawan baik...zila


Dan karya-karya rakan sekelas...yang tak tahu nama tapi kenal muka...sorry ye!!!




Saturday, July 9, 2011

Cuti Mei-Jun 2011

Dua minggu cuti..amat membahagiakan terutamanya bagi anak-anak. Tak payah tergesa2 bangun tidur seawal 5.30pagi seperti hari-hari persekolahan biasa. Memang sudah menjadi kebiasaan, tepat 6.30 pagi semua perlu masuk ke dalam kereta untuk menuju ke sekolah. Setiap hari aku sentiasa pastikan sebelum pukul 7.00 pagi...aku sudah terjegat di pejabat untuk punchcard.

     Ahad pertama cuti, aku perlu menghadiri kuliah pertama semester Mei.  Selesai kuliah aku mula bercadang untuk membawa anak-anak bercuti. Kali ini aku rasa tempat-tempat yang dekat sudah memadai. Bukan apa, jimatkan budget sebab tahun ini masih banyak rancangan untuk percutian jarak jauh. Julai nanti akan ke Kelantan dan Terengganu dan hujung . Insyaallah, Disember nanti ke Medan pula....

     Pagi Rabu 1 Jun 2011 yang mendamaikan, kami sekeluarga bertolak ke Perlis. Kali ini niat di hati hendak menginap di Hotel Seri Msia yang baru lebih kurang sebulan beroperasi di Kangar. Cantik...sebab semuanya masih baru.









      Petang...ronda-ronda area Kangar dan...tak sah kalau tidak ke Dataran Ikan Bakar Kuala Perlis untuk menikmati makanan laut yang segar di sana. Berdasarkan maklumat yangku perolehi dari internet, gerai kak Mona menjadi pilihan. Benar bagai yang dicadangkan...masakannya sedap dan layanan pun mesra. Akhirnya...inilah menu yang dicadangkan kepada kami......









     Hari kedua...rancangan mengejut terlintas difikiran. Terus ke Jeti Kuala Perlis untuk meninjau kalau-kalau masih ada kekosongan bot untuk ke Pulau Langkawi. Walaupun ramai orang .alhamdulillah kami empat beranak mudah mendapat tiket berbanding dengan orang lain yang pergi secara berkumpulan. Tepat pukul 10.45 pagi, tibalah kami di Pulau Lagenda....












    

Sunday, May 22, 2011

MACAM-MACAM

Lucu tetapi benar.
"Buntut" di Jakarta sebenarnya merujuk kepada ekor.

Jangan pula lepas ni...bayaran dikenakan ikut sukatan bahan buangan sama ada berapa gram untuk air besar dan berapa milimeter untuk air kecil...ha..ha!

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI CEKGHU





16 Mei datang lagi. Tarikh ini dikhaskan untuk semua yg bergelar chekgu termasuklah diri  aku sendiri. Sebagai chekgu..tiada hadiah istimewa yg diharapkan cuma...cukuplah andai martabat seorang guru diangkat semula seperti dulu-dulu.

     Dulu....tugas guru mulia di sisi oleh masyarakat.
     Kini....masyarakat asyik menyalahi guru.

     Dulu....ibu bapa menaruh harapan tinggi pada guru.
     Kini.....ibu bapa asyik nak menyaman guru.

     Dulu...anak murid takut dan hormati guru.
     Kini....anak murid sudah berani buli guru
     
     Dulu... komitmen guru hanya mengajar dan mendidik.
     Kini......................................................tak terungkap beban kerjanya!!!

     Hanya chekgu saja yang mengetahuinya. Apa pun ingatlah...tugas guru itu mulia!!!
    


    



   




Friday, April 22, 2011

SEPANJANG DISEMBER 2010

Terlalu lama blogs aku ini tidak diisi dengan cerita-cerita baru. Kesibukan membataskan peluang untuk aku menjenguk blogs ini untuk sekian lamanya. Mengimbas kembali apa yang telahku lalui ketika cuti sekolah bulan  Disember lalu.


1 Disember
Tanpa menetapkan lokasi sebenar, hubby memintaku berkemas-kemas pakaian untuk memulakan percutian kami sekeluarga. Apabila ditanya, dia hanya berkata..kita bergerak ke selatan. Hari pertama, perjalanan kami berlabuh di Ipoh. Berpandukan GPS Alzaku, kami berjaya mengesan lokasi Seri Malaysia Ipoh.





Hari kedua, hubby mendapat idea untuk ke Kajang, rumah kakakku di Kuaters Pegawai Penjara, Kajang. Malam tu, tak sah kalau tak pekena sate kajang.






Hari Ketiga
Kami kembali ke Utara. Dalam perjalanan, aku mengesyorkan agar kami singgah  di Tambun Lost World.





Petang itu, kami tidak terus pulang ke Sg. Petani....tapi bermalam di Taiping pulak.



14 Disember
Family kakakku tiba dari Sabah. Tempat pertama aku bawa anak2 buahku adalah ke Lembah Bujang & Tanjung Dawai. Biar dia orang kenal sejarah sikit.





15 Disember...............Trip Ke Kelantan - Terengganu - Kelantan

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku, aku membuat pemanduan jarak jauh. Hari pertama xpdc..aku memandu dari Sg Petani ke Gerik. Tiba di kawasan bukit bukau...kakak aku pula mengambil tugas untuk memandu. Eiiii...tak berani lah aku. Bertolak pukul 10pg...singgah di Bukit Bunga untuk lunch dan tiba di PCB Kelantan lebih kurang pukul 4.00 ptg.








Hari Kedua di Kelantan. Paginya geng2 perempuan lari ke Pasar siti Khadijah kejap. Anak2 dijaga oleh anak buahku Amir yang tak jemu2 melayan karenah budak2 kecil. Mujurlah ada swimming pool...so, anak2 memang tak kisah ditinggalkan.




Jam 11.00 pagi, kita orang bergerak ke Terengganu pula. Na....Na.....Na...Ganu Kite! Kegembiraan menjengah tempatku dilatih menjadi chekgu tidak dapat digambarkan. Terlalu banyak perubahan jika dibandingkan dengan zaman maktabku dahulu. Plan kita orang nak cari hotel yang dekat dengan Pasar Payang tercapai apabila kawan dari Tgganu cagangkan MidTown Hotel.



Rehat kejap...terus jenguk ke Pasar Payang....Batik2 nya sangat meruntun jiwa dan raga.


Petang.......Taman Tamadun Islam kami serbu.




Bersiap sedia untuk naik river cruise mengelilingi Kuala Terengganu.




Hari ketiga, masih  di Terengganu, kita orang mencari lokasi bermalam di Batu Burok Beach Resort. Tempat ni pun atas cadangan member di Terengganu. Oleh kerana check in pekul 3.00 ptg, kita orang lepak2 di gerai ICT (Ikan Celup Tepung Yang Marvelous!!)




Sekali lagi...anak2 dapat berseronok dalam swimming.

Hari keempat, sebelum bergerak ke Kelantan, kita orang singgah di Muzium Negeri, Losong.



XPDC dari Terengganu Ke Kelantan.....aku diberi kepercayaan sekali lagi untuk memandu hingga ke Rantau Panjang Kelantan. Bermalam dan bershopping lagi sebelum selamat kembali ke Sg Petani....Alhamdulillah.