My Life


Slideshow

Friday, May 8, 2009

Team Bulding D'Pangkor

Alhamdullilah..selepas beberapa kali ditangguhkan, akhirnya termakbul juga hajat kita orang untuk melaksanakan team building di Pulau Pangkor pada 4 hingga 6 Mei. Yang terlibat..pasti sukar untuk melupakan kenangan manis, lucu, masin "sebab tertelan ayaq laut" pahit, cemas dan ...banyak lagi yg dilalui.

Bagiku...ikatan mesra tercipta terutamanya penghuni bilik "Spa 6 Jahanam" yg dihuni oleh Kak Jan, Kak Da, Kak Rozi, Kak Ikin "Juara beletiag" Kak Zah.."U always right", Kak Na & Ros Manjung, Ros Aini, Kak Win, Kak Su "The Jaws" & kembag aku.. Zila dengan kata laluan kami "Lu fikir lah sendiri" masih segar dan tetap menjadi kenangan buat selamanya.

Kenangan masin pula..apabila terpaksa telan air laut sewaktu peristiwa bot yang dinaiki hampir nyaris-nyaris terbalik. Alhamdullilah..tiada sebarang kecederaan serius berlaku walaupun terdapat sedikit lebam-lebam di badan. Terima kasih yg membantu mengeluarkan aku dari bot..sebenarnya aku tak ingat sapa yg tolong aku..maklumla..dlm suasana kelam-kabut.

Tak lupa...thank a lots buat pensyarah-pensyarah Tn Hj Daud, En. Idrus, Tn Hj Faizal, En Anas , dan En Din yang begitu sporting dan tak jemu-jemu melayani karenah student seperti kami ini yg rata-ratanya masuk dalam kategori veteran .


Akhir sekali tak lupa..terima kasih kepada Cikgu Dzul, tuan punya kamera kerana sebahagian besar daripada gambar2 yang dimuatkan dalam blogs ini adalah hasil rakaman beliau.


Selalu Nas TERJAH orang..tapi kali ini, Kak Su, Aku, dan Zila lak yg TERJAH dia.




Ishhh..kalu la aku bawa roti..kat sini..mesti laku punya..rugi..rugi

Masing-masing teringat bini kat rumah.


Bagaikan anak2 penyu yg baru menetas

Di atas bukit sana banyak pokok getah..jadi marilah kita sama2 pi motong

Koi dah berumog ni ...skill pun koi dah hilang


Senyum...senyum..Eh, basah lagi..

Kak Sofi buat apa ha...belakang batu tu???

Saya sedih pasai semua ikan mogok

Hampa punya pasailah saya tak boleh pi motong 3 hari ...potong markah!




Teringatlak masakan bini kat rumah..



SAKSIKANLAH DRAMA SEBABAK

Hai..Cik Adik Manis, boleh berkenalan???



Jolong...Jolong...I tak rela digoda!!!!!!

Berani kau kacau marka aku..ya Sole, Nanti aku luku sekali baru tau.


Ishh..mana bini aku ni..shoping tak habis2..lari la budget bulan ni!!!




Akak rela tahan lapar sebab nak jaga gincu ni..


Gini la..gamaknya orang Perak mesyuarat bawah pokok ye..


Engkau baca ke..engkau lena Anas oiii