My Life


Slideshow

Tuesday, December 27, 2011

MENJEJAKI BUMI MEDAN

Cuti sekolah muncul kembali. Hmm...tahun ini  percutian dengan geng2 sekolah agak jauh sedikit. Walaupun tak ramai yang join tapi percutian ini sangat menyeronokkan dan yang paling mahal adalah pengalaman yang aku peroleh sepanjang percutian di negara orang ini.

21 Nov 20011 (Hari Pertama)
Trip kali ini kami menggunakan perkhidmatan Hasani Travel. Bukan nak puji lebih2 tapi...sapa2 yang nak melancong , aku memang sarankan kau orang gunakan perkhidmatan agensi ini....Memang berbaloi2. Pengangkutan bas disediakan oleh pihak agensi ke Penang  airport.




Kali ini  menggunakan perkhidmatan Firefly. Sememangnya selesa. Ruangnya lebih luas jika dibanding dengan syarikat *** **** yg pernahku naik sebelum2 ini. Setiba di Kota Medan..kita org terus dibawa menikmati makan malam. Sampai je di restoran semua orang terkedu seketika  melihat juadah yg disediakan.....banyaknya!!



Keenakkan ayam popnya tidak dapat dilupakan....mujur tak mengidam. Kalau tak..kena pi Medan lagi la gamaknya untuk makan ayam pop tu.  Benda alah tu..mcm ayam goreng berempah je, menurut pemandu pelancong kami yang sesangat ramah PAK YAN..dia orang menggunakan ayam dara...patut la isinya manis..dara la katakan...hi..hi!
Bila perut dah kekenyangan..teringat bantal la pulak. Nasib baik la hotel tak jauh dari tempat makan tu. Ini lah di rupa tempat menginap kami hari pertama di Kota Medan..GARUDA PALAZA HOTEL.


22 Nov 2011 (Hari Kedua)

Selepas sarapan begedel & soto ... kita orang  di bawa melawat ke Istana Maimon. Masih ada saki baki keturunan raja di Indonesia. Tapi kehidupan kaum kerabatnya...sangat daif di sekitar istana sejak Indonesia menjadi negara republlik.



Perjalanan hampir 5 jam terpaksa kami tempuhi untuk menuju ke Tasik Toba...Kawasan Gunung Berapi. Menurut PAK YAN terdapat banyak lagi gunung2 berapa yg masih aktif...berderau darah seketika apabila membayangkan bagaimana jika gunung tersebut tiba-tiba je meletus!!!!!

Tiba je di Danau Toba...hari telah pun gelap. So, pagi esok je yang dapat menikmati keindahan sekitar tasik. Malam tu...dalam bilik @ Danau Toba Internasional Cottage aku sempat lagi menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak anatara Msia & Indonesia....Yezzzs..Malaysia menang.

23 Nov 2011 (Hari Ketiga)

Sementara menunggu sarapan pagi, aku mengambil peluang untuk merakamkan keindahan alam ciptaan Tuhan di sekitar kawasan tempat penginapan kami yang terletak betul2 di pesisir tasik....Cantik...Nyaman.....Segar.....!
Selesai sarapan posing lagi. Kali ni bersama geng2 rombongan pula.





Lebih kurang 9.00 pagi kami menuju ke jeti untuk menaiki bot untuk mengelilingi Tasik Toba dan menuju ke Pulau Samosir dan Pulau Tomok. Terus terang aku katakan..sewaktu di Perkampungan Batak Pulau Tomok aku sangat2 tidak selesa dengan penjual2 . Rimas dirayu2, dipujuk2, ditarik2 dan yang paling tak suka...... ditipu.





Malam ketiga, kita orang menginap di Green Garden Hotel di Brastagi....memang sejuk tempatnya. Makan malam kali ini ala2 chinese food. Majoriti tak menepati cita rasa kita orang....Lepas check ini, aku dan beberapa org yg lain keluar cari bakso pulak. ...daging baksonya besar2.

24 Nov 2011 (Hari Keempat)

Selepas sarapan, kita orang menuju ke Kota Medan semula. Shopping Time sebelum berlepas ke tanah air petang ini. Lunch di Grand Angkasa International Hotel sememangnya makanan terakhir kami di kota medan yang sangat2 sempoi  sebelum pulang ke tanakair.

Beberapa jam sebelum berlepas, sempat lagi bershopping di Medan Mall menghabiskan rupiah yang masih ada. Bakso terakhir sempat kami bedal di tingkat 3 Medan Mall....