My Life


Slideshow

Friday, June 12, 2009

Bertemu dan berpisah

Inilah yang dinamakan takdir...hampir 24 tahun terpisah...akhirnya persahabatan terjalin kembali. Kita berpisah ketika berakhirnya Tahun 6 di SK Methodist Parit Buntar, siapa yang akan menyangka..kitakan bersua kembali di Kepala Batas, SPU.
Namun belum sempat kemesraan terjalin semula..takdir juga membuatkan kita terpaksa berpisah semula..atas urusan tanggungjawab masing-masing.
Walaupun pertemuan itu hanya seketika sahaja..tapi kesempatan itu dapat menggamit kembali detik manis di alam persekolahan dulu. Yang paling penting sahabat ini telah banyak menyedarkan diri ini tentang erti sebuah pengorbanan, keikhlasan dan kesucian hati serta banyak perkara lagi yang dapat aku pelajari sejak bertemu dengannya.
Tiada kata yang dapat diucapan selain ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Halalkan ilmu dan pertolongan yang diberi. Terutamanya ketika menyiapkan assigment.."Medical of tourism kami" he..he..he. Thanks alot Ju..... dari wan and my best friend Zila...Jangan lupa kami di sini.


Monday, June 8, 2009

Taman Rekreasi Paya Laut Semeling






















Kesian lak rasanya bila cuti-cuti sekolah macam ni tak berkesempatan bawa anak makan angin. Nak buat camne...ada perkara lain yang terpaksa diuruskan. Jadi...bawa jalan-jalan tempat yang dekat dengan rumah jelah. Lama tak menjenguk kawasan jeti Semeling ni rupa-rupanya dah bertukar wajah. Ramai kaki-kaki pancing yang mencuba nasib mereka petang-petang gini. Kalau tak dapat ikan pun..jangan risau, boleh merasa ikan jugak di restoran ikan bakar "8 Beradik" yang ada di situ.