Wednesday, June 5, 2013

PERJALANAN KAMI DI BEIJING

28hb mei 2013

Ahli keluarga yg terdiri dpd 3 generasi seramai 16 org..memulakan perjalanan. 6 org bermula dr Penang International Airport-KLIA-Beijing Internasional Airport. sekebihnya terys dr KLIA. Penerbangan selama 6 jam di tengah malam membuatkan kepala penin2 lalat gitu.

29hb mei 2013
lebih kurang pukul 8.00 pg urusan check out selesai. kedatangan kumpulan kami dusambut oleh micheal tourist guide dr beijing yg tahu sikit2 berbahasa inggeris dan zana tourist guide dr msia. kami terus di bawa ke kilang memproses sutera. Just tengo
k2 tapi tal beli pu. Harga boleh tahan...tapi corak2 kain tak menepati citarasa kita orang. Kat Tgganu n Kelantan lagi lawa you!!! Akibat tak beli apa2 kat sini..kita org kena marah teruk oleh sales girl kat situ. Sapa2 yang pernah pi Beijing tau la..tentang tabiat buruk peniaga kat sana..kuang 3x. Utk pengetahuan semua..kerajaan China dah tetapkan beberapa permis perniagaan yang WAJIB tourist pergi. Adala dalam 7 tempat...kalau tak beli sure kena marah..tapi buat je telinga pekak...ada yang tak marah tapi PENIPU BESAR. Jaga2 dengan lakonan dia orang sehingga menyebabkan kita tergoda nak beli barang yg dia orang jual....Nak cerita pun takut takfaham..kena pi sendiri baru dapat pengalaman dan pengetahuan berharga tu...sbb tu lah kita suruh belajar sehingga ke negeri China.

30hb mei 2013



31hb mei 2013


1hb mei 2013

2hb mei 2013


##########to be continue##########


Friday, March 8, 2013

6UKM.....MY CLASS 2013









PENANTIAN 19 NOVEMBER 2012

Keputusan upsr 2012 terlambat pulak diumumkan. hati mama yg berdebar2 sebenarnya. dua minggu lepas cuti sekolah barula result kelua.  alhamdulillah Afif berjaya kekalkan 5a. 3 hero "A"..Afif..Arif dan Aidil bersama 10 heroin berjaya dpt 5a kat sekolah.
dari raut wajah Gb...nampak mcm kurang ceria sbb tahun sebelum ni 17 org dpt 5a...



Thursday, February 28, 2013

SAWADIKAP @ THAILAND

12 NOVEMBER 2012




ni masa kat imigresen sadoa thailand...lepas sikit dr bukit kayu hitam











Monday, February 25, 2013

FROM MY KITCHEN

Semenjak dua menjak lepas abiss study ni..rajin lak try resepi2 baru.Dlm entry kali ni..meh la layan resepi2 yg dah dibuat...harap2 terliur lah ye.. Selalunya orang yg rajin masak mmg tak sempat nak upload gambar masakan dia org kan..Jadi, maknanya orang yg jarang2 masak mcm aku ni je..yg excited nk upload gambar bagai kalu sesekali masak. Ape pun janji diri sendiri yg puas hati.

1. Pai ayam bercendawan ala2 roti gardenia


Ni rupanya..kalau siap di bakar..




ok..ini diperturunkan ilmu kt sapa2 yg teringin nk buat. tak de la susah sangat.










Yang di bawah ni ... gambar je ye utk tatapan.

Black paper lamb


Mi kuah ketam


Kerabu Soohun


Udang Tepung Berempah


Kalio Udang Galah




Thursday, October 25, 2012

BANDUNG...AKAN KU KEMBALI LAGI...

Tengok pada tajuk je..dah dapat tahu bahawa...trip selama 5 hari 4 malam ke Bandung sememangnya belum puas. Insyaallah...aku akan kembali lagi ke sana atas sebab2 berikut:

1. Belum puas makan makanan di sana yang unik lagi enak2 bangat...teringat2 nasi lawet
2. Masih banyak tempat yang tak sempat di kunjungi...
3. Yang paling2 penting belum puas shopping di Pasar Baru...








Sunday, July 29, 2012

7 BULAN MENYEPI...

Bila tengok tajuk kat atas..pelik je bunyinya. ...Lamanya tak update blog aku ni..Jenuh dok gabuih sawang. Punyala banyak sayang dlm laman sesawang aku ini...ha..ha! Bukan sebab mabuk2 ke apa tapi semuanya angkara kesibukan dan komitmen aku terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, guru dan student. Kekangan2 inilah yang membataskan aku meng "update" blog ini.
     Anak sulung bakal menduduki UPSR September nanti. Aku pulak sibuk menyiapkan tesis. Syukur kelmarin 28 Julai 2012..separuh daripada bebanan terlepas sudah. Alhamdulillah, tesisku yang bertajuk "Penggunaan Gambar Animasi Sebagai Media Pengajaran Kata Kerja Transitif" telah selamatku serahkan kepada pihak OUM kelmarin....

Aku sangkakan apabila habis saja menyerahkan tesis tu..maka tutuplah sebelah pintu kesibukan namun ibarat kata orang ..."Ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan rahmat di tengah hari..." Pensyarah kajian aku Dr, Norfisah Mat Rabi call aku ketika aku dan rakan2 OUM yg lain menduduki exam semester Mei yang berlangsung ketika bulan Ramadhan. Bagai terhenti degupan jantung seketika kerana menjangkakan Dr. akan menyuruh aku buat semula kajian yang telah dihantar. Namun sangkaanku meleset...macam tak percaya apabila Dr. minta keizinan aku utk ambil  idea dab bahan dlm tesisaku buat utk masuk pertandingan Kreatif Dan Inovatif IPGM di Melaka. Terkedu seketika...Alhamdulillah inilah hasilnya....tersenarai dlm top ten daripada 24 IPG yang sertainya...Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Nofisah Mat Rabi sekali lagi..kerana menghargai idea yang tidak seberapa ini  dan segala usaha yang dilakukan bagi menambah baikkan segala kekurangan yang ada.



SIJIL PEMENANG SAGUHATI


SIJIL PENYERTAAN

Sunday, February 5, 2012

MY BIG FAMILY DAY

9 DIS HINGGA 11 DIS 2011.

Walaupun hampir dua bulan pertiwa ini berlalu..namun keseronokkan bersama-sama kaum keluarga masih segar dalam ingatan. Lebih-lebih lagi pada kali ini jumlah ahli keluarga yang dapat turut serta semakin bertambah. Itu belum lagi 100%. 


     Kemeriah Hari Keluarga tidak terhenti di sini sahaja. Satu lagi program mengejut diatur. Makan angin ke Kota Singa menjadi pilihan. Balik dari Singapura sempat pula meronda di tempat2 menarik di negara sendiri.


YANG MENARIK DAN TERTARIK DARI MEDAN

Sepanjang di bumi Medan tempoh hari...lensaku sempat merakamkan beberapa perkara yang menarik perhatianku sebagai guru Bahasa Melayu untuk dikongsikan.



Tuesday, December 27, 2011

MENJEJAKI BUMI MEDAN

Cuti sekolah muncul kembali. Hmm...tahun ini  percutian dengan geng2 sekolah agak jauh sedikit. Walaupun tak ramai yang join tapi percutian ini sangat menyeronokkan dan yang paling mahal adalah pengalaman yang aku peroleh sepanjang percutian di negara orang ini.

21 Nov 20011 (Hari Pertama)
Trip kali ini kami menggunakan perkhidmatan Hasani Travel. Bukan nak puji lebih2 tapi...sapa2 yang nak melancong , aku memang sarankan kau orang gunakan perkhidmatan agensi ini....Memang berbaloi2. Pengangkutan bas disediakan oleh pihak agensi ke Penang  airport.




Kali ini  menggunakan perkhidmatan Firefly. Sememangnya selesa. Ruangnya lebih luas jika dibanding dengan syarikat *** **** yg pernahku naik sebelum2 ini. Setiba di Kota Medan..kita org terus dibawa menikmati makan malam. Sampai je di restoran semua orang terkedu seketika  melihat juadah yg disediakan.....banyaknya!!



Keenakkan ayam popnya tidak dapat dilupakan....mujur tak mengidam. Kalau tak..kena pi Medan lagi la gamaknya untuk makan ayam pop tu.  Benda alah tu..mcm ayam goreng berempah je, menurut pemandu pelancong kami yang sesangat ramah PAK YAN..dia orang menggunakan ayam dara...patut la isinya manis..dara la katakan...hi..hi!
Bila perut dah kekenyangan..teringat bantal la pulak. Nasib baik la hotel tak jauh dari tempat makan tu. Ini lah di rupa tempat menginap kami hari pertama di Kota Medan..GARUDA PALAZA HOTEL.


22 Nov 2011 (Hari Kedua)

Selepas sarapan begedel & soto ... kita orang  di bawa melawat ke Istana Maimon. Masih ada saki baki keturunan raja di Indonesia. Tapi kehidupan kaum kerabatnya...sangat daif di sekitar istana sejak Indonesia menjadi negara republlik.



Perjalanan hampir 5 jam terpaksa kami tempuhi untuk menuju ke Tasik Toba...Kawasan Gunung Berapi. Menurut PAK YAN terdapat banyak lagi gunung2 berapa yg masih aktif...berderau darah seketika apabila membayangkan bagaimana jika gunung tersebut tiba-tiba je meletus!!!!!

Tiba je di Danau Toba...hari telah pun gelap. So, pagi esok je yang dapat menikmati keindahan sekitar tasik. Malam tu...dalam bilik @ Danau Toba Internasional Cottage aku sempat lagi menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak anatara Msia & Indonesia....Yezzzs..Malaysia menang.

23 Nov 2011 (Hari Ketiga)

Sementara menunggu sarapan pagi, aku mengambil peluang untuk merakamkan keindahan alam ciptaan Tuhan di sekitar kawasan tempat penginapan kami yang terletak betul2 di pesisir tasik....Cantik...Nyaman.....Segar.....!
Selesai sarapan posing lagi. Kali ni bersama geng2 rombongan pula.





Lebih kurang 9.00 pagi kami menuju ke jeti untuk menaiki bot untuk mengelilingi Tasik Toba dan menuju ke Pulau Samosir dan Pulau Tomok. Terus terang aku katakan..sewaktu di Perkampungan Batak Pulau Tomok aku sangat2 tidak selesa dengan penjual2 . Rimas dirayu2, dipujuk2, ditarik2 dan yang paling tak suka...... ditipu.





Malam ketiga, kita orang menginap di Green Garden Hotel di Brastagi....memang sejuk tempatnya. Makan malam kali ini ala2 chinese food. Majoriti tak menepati cita rasa kita orang....Lepas check ini, aku dan beberapa org yg lain keluar cari bakso pulak. ...daging baksonya besar2.

24 Nov 2011 (Hari Keempat)

Selepas sarapan, kita orang menuju ke Kota Medan semula. Shopping Time sebelum berlepas ke tanah air petang ini. Lunch di Grand Angkasa International Hotel sememangnya makanan terakhir kami di kota medan yang sangat2 sempoi  sebelum pulang ke tanakair.

Beberapa jam sebelum berlepas, sempat lagi bershopping di Medan Mall menghabiskan rupiah yang masih ada. Bakso terakhir sempat kami bedal di tingkat 3 Medan Mall....