Terlalu lama blogs aku ini tidak diisi dengan cerita-cerita baru. Kesibukan membataskan peluang untuk aku menjenguk blogs ini untuk sekian lamanya. Mengimbas kembali apa yang telahku lalui ketika cuti sekolah bulan Disember lalu.
1 Disember
Tanpa menetapkan lokasi sebenar, hubby memintaku berkemas-kemas pakaian untuk memulakan percutian kami sekeluarga. Apabila ditanya, dia hanya berkata..kita bergerak ke selatan. Hari pertama, perjalanan kami berlabuh di Ipoh. Berpandukan GPS Alzaku, kami berjaya mengesan lokasi Seri Malaysia Ipoh.
Hari kedua, hubby mendapat idea untuk ke Kajang, rumah kakakku di Kuaters Pegawai Penjara, Kajang. Malam tu, tak sah kalau tak pekena sate kajang.
Hari Ketiga
Kami kembali ke Utara. Dalam perjalanan, aku mengesyorkan agar kami singgah di Tambun Lost World.
Petang itu, kami tidak terus pulang ke Sg. Petani....tapi bermalam di Taiping pulak.
14 Disember
Family kakakku tiba dari Sabah. Tempat pertama aku bawa anak2 buahku adalah ke Lembah Bujang & Tanjung Dawai. Biar dia orang kenal sejarah sikit.
15 Disember...............Trip Ke Kelantan - Terengganu - Kelantan
Buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku, aku membuat pemanduan jarak jauh. Hari pertama xpdc..aku memandu dari Sg Petani ke Gerik. Tiba di kawasan bukit bukau...kakak aku pula mengambil tugas untuk memandu. Eiiii...tak berani lah aku. Bertolak pukul 10pg...singgah di Bukit Bunga untuk lunch dan tiba di PCB Kelantan lebih kurang pukul 4.00 ptg.
Hari Kedua di Kelantan. Paginya geng2 perempuan lari ke Pasar siti Khadijah kejap. Anak2 dijaga oleh anak buahku Amir yang tak jemu2 melayan karenah budak2 kecil. Mujurlah ada swimming pool...so, anak2 memang tak kisah ditinggalkan.
Jam 11.00 pagi, kita orang bergerak ke Terengganu pula. Na....Na.....Na...Ganu Kite! Kegembiraan menjengah tempatku dilatih menjadi chekgu tidak dapat digambarkan. Terlalu banyak perubahan jika dibandingkan dengan zaman maktabku dahulu. Plan kita orang nak cari hotel yang dekat dengan Pasar Payang tercapai apabila kawan dari Tgganu cagangkan MidTown Hotel.
Rehat kejap...terus jenguk ke Pasar Payang....Batik2 nya sangat meruntun jiwa dan raga.
Petang.......Taman Tamadun Islam kami serbu.
Bersiap sedia untuk naik river cruise mengelilingi Kuala Terengganu.
Hari ketiga, masih di Terengganu, kita orang mencari lokasi bermalam di Batu Burok Beach Resort. Tempat ni pun atas cadangan member di Terengganu. Oleh kerana check in pekul 3.00 ptg, kita orang lepak2 di gerai ICT (Ikan Celup Tepung Yang Marvelous!!)
Sekali lagi...anak2 dapat berseronok dalam swimming.
Hari keempat, sebelum bergerak ke Kelantan, kita orang singgah di Muzium Negeri, Losong.
XPDC dari Terengganu Ke Kelantan.....aku diberi kepercayaan sekali lagi untuk memandu hingga ke Rantau Panjang Kelantan. Bermalam dan bershopping lagi sebelum selamat kembali ke Sg Petani....Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment