14 Mac 2010
Berlepas ke Sabah jam 7.50 malam. Anak2 punyala excited sbb firt time dia orang merasa naik kapal terbang walaupun hanya Air Asia..yg penting Everyone Can Fly.Inilah yang dinamakan suratan atau kebetulan...tersatu flight dgn adik kesayangan..."engkau ngaku ke akak ni kakakmu???" Sempat la berposing dgn dia masa di Lapangan Terbang Kotakinabalu semebtara tunggu bagasi2 tu keluar.
Bergambar dengan Zila
Betapa bertuahnya aku sebab dikurniakan ramai adik beradik. Boleh dikatakan semua pelusuk dalam Malaysianya ada saudara mara. Kali ini, rumah sister aku...kami TERJAH. Save budget beb...untuk tempat penginapan. Thanks my sis sekeluarga!!
Inilah rumah sisterku di Taman Jakim Jaya, Likas
Tiba di rumahnya hampir 12.00 malam...nasi beriani dan kurma ayam sedia menyambut kedatangan kami..Yum..Yum. Mata aku terpukau dengan lukisan batik yang tergantung di dinding ruang tamu rumahnya.. esok je lah aku belek..sebab dah ngantuk.
Esok paginya (15 Mac), aku terus merakamkan lukisan batik bertemakan buah-buahan hasil tangan anak muridnya di SMK Likas.
Selepas makan pagi, sister membawa aku dan anak2 ke Muzium Warisan Sabah. Tak jauh dari rumah. Jumpa lagi dengan Zila.
Petang lak..ronda2 kat Waterfront..dan singgah jap kat pasar Philipina..cari buah tangan kat cikgu2 sekolah aku.
Oleh kerana payahnya shopping bila bawa anak2..malam tu aku meronda dengan anak buahku "Anis" tanpa gangguan mereka. Mabuk betul tengok kristal2 di sini...sampai sakit kaki dibuatnya dan terpaksalah aku beli selipar jepun untuk merawat kesakitan. Rasa2 nya dekat pukul 11 malam baru kami balik rumah.
Hari ketiga (17 Mac), pagi-pagi lagi kami bertolak ke Kundasang dengan 2 buah kereta. Satu kereta lagi adalah bekas anak murid sister. 3 orang teruna itu dijadikan semangat untuk perjalanan yang agak jauh.
Sepanjang perjalanan..fuhh permandangannya cantik gile. Tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Agungnya ciptaan Ilahi. Sebelum sampai ke destinasi, kita orang singgah di pekan Nabalu. Sempat juga aku merasai kemanisan buah nenas Nabalu yang terkenal itu.
Di sana kami menginap di sebuah homestay yang terletak di pinggir2 Lembah Gg Kinabalu..sejuk tak tau nak cakap.
Ada pula tetamu comel yang tak diundang menjenguk kami......
Petang tu...anak-anaklah yang paling seronok kerana berpeluang berendam di Hot Spring Poring....
Dalam perjalanan balik ke homestay, kami singgah di beberapa tempat sebelum malam berlabuh.
Malangnya..malam tu black out semalaman...tapi oleh kerana kawasan tu sejuk maka masing-masing tidur selena-lenanya...dengan diawasi oleh pengawal keselamatan berkaki empat tuan homestay yang setia menunggu sepanjang masa di hadapan pintu rumah.
Esoknya..tuan homestay bawa kita orang ke kebun sayur miliknya...Perjalanan yg penuh adventure dgn menaiki pickupnya yg sering kali terbau hangit tayarnya impak dari tekanan brek yg menuruni lembah2 Gg Kinabalu. Dalam hatiku sentiasa berdoa jauhi dari terjahan penghuni rimba terutamanya raja rima...minta simpang!!
Time back to Kota Kinabalu semula..........dalam perjalanan singgah sekejap ke beberapa tempat antaranya ....
Tiba masa yg ditunggu2..shopping time...muah..muah I LOVE KRISTAL..Rambang betul mata dibuatnya. Paling teruja semasa berada di dalam kedai Jamilah...Kristal2 di situ grednya tinggi. Kalaulah bawa duit satu kargo...mauku borong dengan kedai2nya sekali.
Hari-hari terakhir di bumi Kotakinabalu...beberapa tempat sempat dikunjungi......antaranya ke Pantai Tanjung Aru. Kepak dan Cenonggeng Ayam bakarnya fuhhh...sedap!Di bawah ni pulak gambar2 di Akuarium Universiti Sabah......cantik universiti ni....betul2 tepi laut.
No comments:
Post a Comment