Kisah 3 mayat
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat puncakematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada
pengawal bilik berkenaan.
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Pengawal: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Pengawal: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
Jam Oh Jam
Tersebutlah kisah seorang, ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ternampak pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu anak-anak buahnya."OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tersepittt....!!"
Anak Kembar
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di Menara Berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.
Don't worry. Ada banyak lagi
Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang dudukbersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang
Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara
sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.
Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".
Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".
Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"
No comments:
Post a Comment