Dulu..jari jemari menggerakkan pena di atas kertas untuk meluahkan kata hati. Kini Jari jemari terus bergerak walaupun kini kita di era IT. Yang berubah mungkin kata hati...
Monday, January 5, 2009
Hari pertama Wafi ke tadika.
Hari ini merupakan hari pertama Wafi yang berusia 5 tahun (anak keduaku "bongsu mungkin") melangkah masuk ke tadika. Tanpa ditemani oleh mama dan ayah, Wafi ke tadika hanya ditemani oleh pengasuhnya "Mak Yah".
Kesian Wafi..mama dan ayahnya tidak berkesempatan menghantarnya ke tadika kerana mereka adalah seorang guru yang perlu menyambut kedatangan anak-anak orang lain yang memulakan sesi persekolahan 2009 pada hari ini.
Alhamdulillah, Wafi sememangnya pandai membawa diri. Tiada tangisan dan tidak banyak kerenah. Ketika aku menjemputnya di rumah pengasuh, dengan penuh keriangan Wafi menunjukkan tidak sbar menunjukkan kepada kami hasil kerjanya yang pertama di tadika. Syabas Wafi!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment