Kelmarin..aku berkesempatan pulang ke kampung halaman di Parit Buntar. Terdetik hati untuk membelek-belek almari buku yang telah lamaku tingglkan. Satu daripadanya ialah dairi zaman persekolahan kira-kira 18 tahun yang lampau. Yang paling menarik perhatianku adalah sekeping potongan keratan akhbar lama sekitar tahun 1989/1990 yang masih elok tersimpan dalam lipatan dairiku..
Masihku ingat seminggu sebelum kejadian itu, Kartiban ada bertemu denganku dengan mengatakan dia akan ke Pahang dan mungkin tidak akan kembali lagi. Kartiban seolah-olah telah mendapat petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.
Semasa zaman persekolahan dulu..persahabatan kami agak baik. SM Methodist Parit Buntar membentuk pelajarnya menjalinkan hubungan yang erat tanpa mengira agama dan bangsa. Itulah keistimewaan SM Methodist suatu masa dahulu.
Dulu..jari jemari menggerakkan pena di atas kertas untuk meluahkan kata hati. Kini Jari jemari terus bergerak walaupun kini kita di era IT. Yang berubah mungkin kata hati...
Friday, December 19, 2008
Perginya Timbalan Menteri Pelajaran / Bekas Pengetua Maktab Pasir Panjang K. Terengganu.
PEMERGIAN tokoh pendidik yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, (1949-2008) ke Rahmatullah di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang secara mengejut adalah kehilangan yang cukup besar bagi warga pendidikan serta warga Kuala Terengganu khasnya yang sudah sebati dengan sikap mesra dan prihatin yang cukup sinonim dengannya.
Selepas beberapa tahun menjadi pendidik, beliau kemudian menjadi pensyarah di beberapa maktab perguruan dan pernah dilantik sebagai Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu dan seterusnya Pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan Pengetua Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Beliau menang di Parlimen Kuala Terengganu mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.
Pengalaman luas beliau sebagai warga pendidik dan sebagai pentadbir sektor pendidikan dengan memegang pelbagai jawatan memudahkan lagi tugasannya selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran tahun ini.
Beliau yang pernah memegang jawatan Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran turut membawa banyak perubahan dalam mempastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman untuk membantu pelajar lain supaya turut mendapat manfaat melalui tabung itu.
Razali meninggalkan seorang balu, To’ Puan Nooraini Lob Yusoff dan lima anak yang semuanya lelaki iaitu Muhammad Nurazli, 30 yang juga Pengurus di Sime Darby Bhd; Asrul Shah, 27, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik; Khairul Amar, 23 , masih menuntut di Amerika Syarikat; Khairul Anwar, 21, menuntut di Universiti Industri Selangor dan yang bongsu, Khairul Arif, 15, pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.
Al Fatihah
Wednesday, December 17, 2008
Nostalgia kita di MP Pasir Panjang K. Terengganu 93/95
Sebenarnya..ini adalah salah satu usahaku untuk menyambung semula tali silaturahim bekas guru pelatih MP Pasir Panjang sesi 1993/95 yang telah lama terputus iaitu kira-kira 13 tahun yang lalu . Bak kata orang..Yang jauh kita dekat-dekatkan, Yang dekat kita mesra-mesrakan dan Yang Mesra kita serasi-serasikan. Ayuh..kini semua di hujung jari anda..walaupun kita terpisah beribu-ribu batu dengan teknologi kini...kita mampu mendekatkan jurang yang jauh itu itu. Insyaalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)